Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

PENGESAHAN TUNGGAKAN CUKAI BANGUNAN BAGI PROSES KEMAJUAN PIHAK ABCi

PENGESAHAN TUNGGAKAN CUKAI BANGUNAN BAGI PROSES KEMAJUAN PIHAK AUTORITI KAWALAN BANGUNAN DAN 

INDUSTRI PEMBINAAN (ABCi), KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

  • Bermula 1 Ogos 2022, pemilik bangunan yang bercadang untuk melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan
    semula di tapak bangunan asal, dikehendaki untuk membuat pengesahan bebas tuntutan cukai bangunan.
  • Pengesahan bebas Tuntutan Cukai Bangunan akan disahkan setelah tunggakan cukai bangunan dilunaskan atau setelah
    persetujuan skim bayaran dipersetujui oleh Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria dengan Pemilik bangunan.
  • Borang Pengesahan Bebas Tuntutan Cukai Bangunan tidak akan disahkan dan permohonan pemilik bangunan tidak akan
    diterima oleh pihak ABCi selagi mana pemilik hartanah belum melunaskan atau memenuhi syarat skim bayaran
    Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.
  • Melibatkan Bangunan-bangunan yang dibawah kawalan/kawasan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria. 

PERMOHONAN YANG PERLU DIPOHONKAN BAGI MENDAPATKAN PENGESAHAN 

TUNTUTAN CUKAI BANGUNAN






Orang ramai boleh mendapatkan borang di kaunter Bahagian Penaksiran dan Percukaian Bangunan, 

Aras Satu Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria atau melalui Kod QR dibawah:

 



Attachments
Created at 09/06/2025 16:10 by amal.bahrin
Last modified at 09/06/2025 16:20 by amal.bahrin